Monday 31 August 2009

Selipar Jepun dan Durian Belanda

31 Ogos, tarikh yang sentiasa dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia, mungkin. Sejak Malaysia bebas dari penjajahan British pada tanggal 31 Ogos 1957, telah banyak perubahan yang dilakukan oleh kerajaan. Bermula dari Tunku Abdul Rahman sehingga ketua kerajaan sekarang, Datuk Seri Ahmad Najib Tun Razak, kita sama sekali tidak dapat menafikan kerajaan mampu membawa pembangunan kepada negara. Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia yang Kelima telah membawa Malaysia kepada dunia, Malaysia atau nama lamanya Tanah Melayu dulu kurang dikenali kini mampu berdiri sama tinggi dan tidak duduk sama rendah dengan negara-negara membangun yang lain. Pemerintahan Tun Mahathir dalam satu tempoh yang panjang memberi peluang kepadanya melaksanakan apa jua yang dirancangnya. Walaupun sering bertukar dan menukar penolongnya, Tun Mahathir berjaya membawa perubahan yang diingati oleh seluruh rakyat Malaysia. Namun, kenyataan ini tidaklah mahu menidakkan kemampuan pemerintah-pemerintah Malaysia yang lain, tetapi sekadar mahu menyatakan kemampuan Bapa Pemodenan ini dalam usaha membawa Malaysia ke arah perubahan. Wawasan 2020 sajalah yang akan menjadi petunjuk atau kayu pengukur kepada kesempurnaan dan keberjayaan pelaksanaan Tun Mahathir secara lengkapnya.




Namun, ada yang tidak lengkap mengenai kemerdekaan yang kita kecapi sekarang, pemikiran kita masih dijajah dan terus dijajah. Ya, ada yang sudah merdeka sepenuhnya, tetapi ramai yang belum merdeka. Apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran dijajah? Jawapannya mudah, pemikiran kita masih mengikut penjajah kita dahulu, orang Barat. Harimau mati meninggalkan belang, British pergi meninggalkan pengaruh Barat yang tinggi. Walaupun Tanah Melayu dijajah oleh banyak kuasa Eropah, bermula dari Portugis yang menakluki Melaka pada tahun 1511, Belanda yang meninggalkan seni bina yang indah di Melaka, Jepun dengan cara yang keterlaluan dan kejam, Bintang Tiga yang menggemparkan Tanah Melayu suatu ketika dulu, British dianggap sebagai penjajah yang baik berbanding penjajah lain kerana senang berdiplomasi dengan mereka. British meninggalkan impak yang besar kepada Malaysia.Buktinya, kita masih menggunakan undang-undang Barat dan perlembagaan Barat. Contoh lain, Ahad sebagai cuti mingguan. Kita isytiharkan negara kita sebagai negara Islam, tapi masih meninggalkan undang-undang Barat. Jadi, negara Islamkah kita? Berbalik kepada pemikiran kita, jelas, terang dan lagi tersuluh, kita masih dijajah. Kita tidak pernah rasa untuk mengubah pemikiran kita, kerana kita terlalu selesa dengan kondisi kita sekarang. Kita lihat sejarah Rusia, suara rakyat mampu menumbangkan kuasa Soviet Union dan mengubah sistem pentadbiran komunis kepada demokrasi. Suara kita bukan hanya untuk demonstrasi jalanan, tetapi suara untuk mengubah diri kita sendiri. Kita tidak dapat tidak perlu mengubah pemikiran kita. Ya, kita tidak mengubah istilah selipar jepun kepada selipar Melayu, durian belanda kepada durian Malaysia dan Mat Saleh kepada Mohd Salleh, tapi, kita ubah fikiran kita, boleh berfikir secara Barat, tetapi jangan sampai pemikiran cara tersebut mengubah diri kita. Kita mana mungkin mampu berubah secara drastik. tapi ubahlah secara perlahan. Janganlah kita burukkan nama baik negara kita.






Akhirnya, post kali ini sebenarnya bertujuan untuk membuka mata hati kita semua untuk kita berubah. Tiada sempurna merdeka sekiranya diri masih dijajah. Biar kita jadikan perjuangan perwira-perwira kita berbaloi. Pada kesempatan ini juga, ingin mengajak kepada semua pembaca blog atapnipahbocor ini supaya kita sama-sama berubah, selama kemerdekaan yang sudah mencapai 52 tahun ini. Merdekakan diri kita daripada Barat. Menariknya, tarikh kemerdekaan kita sama dengan Kyrgyzstan, sebuah negara bekas jajahan Soviet Union.

Salam Kemerdekaan ke 52.....
Merdeka!!!!!!!


.......diinspirasikan daripada teman sebilik, ajoy, pian, am, mun dan fahkri. Tak lupa juga Sam, Mika dan Sanjar(kyrgyzstan mari!! hehe).....

Shukron.....


Wednesday 26 August 2009

1 Malaysia dan Kisahnya Dengan Foreigner...



1 Malaysia...
Idea Datuk Seri Ahmad Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia Keenam yang menyatakan tentang 'equality' atau persamaan dalam kalangan rakyat Malaysia tidak kira bangsa, agama atau status. Relevankah pelaksanaan ini dalam keadaan negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Persoalan ini kerap kali diperdebatkan, ada yang menentang, ada yang menyokong. Konsep equality yang dipersembahkan dalam pelaksanaan 1 Malaysia sememangnya ada nilai positifnya dan banyak juga negatifnya. Dalam konsep ini, rakyat Malaysia dianggap sama tidak kira agama. Ini bertentangan sama sekali dengan konsep persamaan dalam Islam. Islam tidak sama dengan agama lain.Namun, post kali ini bukanlah ingin memperdebatkan tentang betul ataupun tidak pelaksanaan ini, jauh sekali jua ingin memperkatakan tentang. politik.

Dalam post kali ini, ingin ku ambil suatu nilai positif daripada pelaksanaan 1 Malaysia iaitu bertolak ansur. Mungkin kita tidak berapa jelas dimana nilai bertolak ansur atau dalam bahasa Inggerisnya give and take. Namun, nilai ini lahir daripada konsep persamaan yang cuba diamalkan. Rakyat Malaysia memang dikenali dengan sifat-sifat murni seperti bertolak ansur ini. Jadi, tidak hairanlah ada pelancong yang datang balik ke Malaysia kerana tertarik dengan sifat-sifat murni rakyat Malaysia. Tapi, mampukah kita bertahan dengan sifat ini sepanjang masa? semestinya tidak kerana semua manusia mahu mencapai tahap tertinggi dalam hierarki Maslow. Kita tidak dapat tidak menzahirkan sifat penting diri kita secara tidak sengaja.

Foreigner...
Bangsa asing yang datang atau menetap di negara kita memanglah sekarang terlalu jumlahnya. Datang secara halal ramai dan sebaliknya lagi ramai. Ada yang datang sebagai pelajar, atau buruh namun kita harus sedar tentang kehadiran mereka juga telah menaikkan kadar jenayah dan pelacuran. Dalam kata lain, kehadiran mereka memberi impak positf dan negatif kepada negara kita.Ada persepsi mengatakan Malaysia terlalu friendly atau berlembut dengan warga asing sehinggakan jumlah mereka bertambah dan sentiasa bertambah setiap hari. Ku rasa ku tidak mahu mengambil tugas imigresen untuk menyatakan tentang pendatang asing.




Kisahya dengan foreigner....
Ingin ku ekspresikn tentang foreigner yang datang sebagai pelajar disini, si tempat ku menuntut ilmu. Sangat bersyukur kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia dan yang pentingnya sebagai Muslim. Disini, di tempat ku menuntut ilmu inilah baru ke sedar suatu sifat yang tiada pada bangsa lain yang ada pada orang Melayu, bertolak ansur, seperti yang dinyatakan tadi. Aku mengalaminya, baru ku sedar oarang Melayu ini terlalu bertolak ansur sehinggakan bangsa lain boleh memperlakukan apa sahaja kepada kita. Aku sangat terkilan dengan foreigner yang ku lihat hari-hari, mengecewakan, mereka terlalu kurang ajar dan hampir luntur sifat bertolak ansur dalam diri mereka. Pernah diri ini nak ambil sahaja kapak dan tetak mereka. Tapi, masih ada iman di hati ini yang menghalangnya. Ingin ku akhiri post ini dengan menyatakan, bersyukurlah menjadi orang yang ada nilai-nilai murni....

Selamat Hari Kebangsaan.....
Salam Ramadhan 1430 H.....
Selamat Berpuasa...

....post ini ditulis selepas berselisih faham dan hampir bergaduh dengan foreigner.....
1 Malaysia...ini hasilnya..

Saturday 22 August 2009

Life is A Journey

Life is a Journey
From once proximal end to other.

Life is a Journey
You are the traveler.
Life is a Journey
Your thoughts directs, your way in the journey.
Your virtue will be the fodder for your thoughts
This directs your way in the journey




Life is a Journey unpredictable journey where
You can't predict when you will start the
Journey and end the journey.

Life is a Journey and the time taken in the journey
Is the only time for you to reach your destiny

Life is a Journey Unavoidable journey.
The way, in which you want, you may travel.
And the way in which you will travel will show your destiny.
And so, try to travel in the way by which you can reach your destiny

Cerita Dari Ros Putih




Bermula kehidupan manusia ini sememangnya suci dari segala palitan dosa yang tiada seorang insan di dunia ini mahukannya…

Perasaan?
Ya, semua manusia ada perasaan, sama ada yang negatif atau positif. Bohong kalau seseorang insan itu mengatakan dia tidak mempunyai perasaan..

Sayang?
Semua manusia di dunia ini dilahirkan dengan sifat sayang Untuk disayangi atau menyayangi, kedua-duanya diperlukan dan diingini.

Siapa?
Sememangnya bila disebut untuk menyayangi, mesti ditujukan kepada seseorang. Namun, dalam Islam, menyuruh kita menyayangi Allah serta pesuruhNya, Nabi Muhammad s.a.w dan juga kedua ibu bapa. Jelas yang lagi tersuluh, itu sudah menjadi kewajipan kita.

Sayang kepada Insan?
Semua insan di dunia ini memerlukan seorang atau mungkin lebih teman hidup.Manusia tak mampu hidup tanpa teman. Seperti lirik lagu Seindah Biasa nyanyian Siti Nurhaliza. “takkan mungkin kita bertahan, hidup dalam bersendirian, panas terik, hujan badai, kita lalui bersama..”, betapa menekankan pentingnya teman dalam kehidupan…

Jatuh Cinta?
Normal, bila dah ada sifat sayang, mana mungkin tidak ada perasaan cinta, cinta pada Allah, cinta pada Nabi dan cinta kepada insan. Semua orang akan jatuh cinta pada insan pabila tiba masanya pabila ianya mula berputik di lubuk hati dan bermain di fikiran.

Berhubung dan Perhubungan



Berhubung dan perhubungan…..
Dua istilah yang berbeza penggunaanya dalam Bahasa Melayu
Post ini tidaklah sekali mahu mengajar anda bahasa rasmi Malaysia yang
Hampir tidak menjadi rasmi ini tapi sekadar untuk mengisahkan suatu kisah
Yang bermula dari suka kepada perit dan duka..

Berhubung..
Semua orang perlu berhubung antara dalam usaha untuk menyelesaikan
semua aspek kehidupan yang sementara ini. Tiada manusia yang tidak pernah berhubung kerana
berhubung ini sudah menjadi suatu lumrah kehidupan. Diriku ini yang sedang belajar tentang
berhubung ini sekarang sedikit faham betapa pentingnya berhubung dalam kehidupan. Sememangnya
berhubung ini member impak positif dalam kehidupan..

Perhubungan
Suatu istilah lain yang menjadi impian bagiku pada mulanya tapi menjadi igauan ngeri pada akhirnya. Aku yang ditaklifkan sebagai Biro Perhubungan dalam sebuah society yang katanya ingin menjaga ‘kebajikan’ ahlinya. Namun, hingga kini aku tidak begitu jelas tentang peranan society ini. Apa yang menyebabkan ‘igauan ngeri’ berlaku kepadaku? Jawapannya, ingin kusimpan saja dalam hati ini kerna ku tak mahu ada yang terluka dan terguris hati. Aku cuma mengharapkan setelah ketiadaanku nanti persatuan kebajikan ini akan terus bernafas dengan nafas yang baru,jiwa yang diperbaharui dan pembaharuan yang sebaik mungkin. Aku sentiasa mendoakannya…….