Salam w.b.t, rase mcm nak buat tiap2 ari post baru, tp mase sentiasa laju daripada kita..kadang2 24 jam x ckup, mase tdo saje dah lame, setuju?haha..hujung mgu ni, tiada ape yg nak dibuat kecuali prepare untuk exam intro to masscommunication selasa depan, nervous jgk la..yelah, 1st midterm ari tu, dpt ckup2 makan je, minum puin xleh, hahaha..mgu ni penuh dengan presentation, hadith, bm, sampai ari ni pun ada presentation, study circle..
Ari ni, sabtu, agak sedikit terganggu kehidupanku dan sgt tidak teratur..ditambah dengan tension buatan sendiri, aku dah jd mcm org kat tepi2 jalan tu..sgt tak terurus, dan sampai ke saat aku menulis ni, aku belum makan, ari ni bolae dikatakan bad day bagi aku..dan aku bertanya sepanjang ari ni, kenapa kau jadi begini..
Akhir kalam, aku berharap kehidupanku esok sedikit teratur berbanding ari ni dan aku akan rase suatu benda yang boleh menggembirakan aku selain dari berfikir tentang exam..
Pembesar Suara
Suara Hakcipta
Saturday, 6 February 2010
Saturday, 30 January 2010
Universiti dan Kematangan
Assalamualaikum, sudah terlalu lame tak menulis, rase mcm blog ni x wujud je,huhu, sebenarnye xla sibuk sgt, tp cume xde mase untuk online,
Alhamdulillah, dengan segala limpah kurniaNya, aku diberi peluang jua untuk menyambung pengajianku ke peringkat ijazah di UIAM kampus Gombak, selamat tinggal matrik Nilai, hahaha, bagaimanapun, Nilai lah yang mengajarku erti kehidupan dalam semua aspek, politik, sosial, agama dan persahabatan dan tidak ketinggalan, cinta..heheehehe, just kidding...
Post kali ini sebenarnya untitled n ntah ape2 saje...
kehidupanku jauh berbeza sekarang berbanding duk di nilai dulu.. Gombak ternyata mematangkan aku walaupun kadang2 sahabat2 ku masih melihatku mcm budak sekolah..haha
So, di kesempatan nijuga, aku nak berterima kasih sgt2 kat lecturer2 kat nilai yang berjaya membawa aku ke gombak,Madam Szarianne, Madam Hamizah Madam Suraya, Madam Zuraidah, Madam Zauyah, Bro Pudin, Ustaz Umar, Ustazah Manisah, Madam Maznah, Sir Mohiyuddin, Madam Khadijah, abahku Ustaz Kasim, Sir Ismail 'Pak Mail", Sir Rizal, Madam Dalela, Madam Yulianti, Bro Majid Hafiz n sume lecturer r, hehhehe, Thanks jgk kat rumate2 sepanjang duk nilai bumi ilmu ni... n untuk fatiha asmaliza binti abdul kadir, kalu awk bace blog saya ni, thanks sgt2 ye sudi bg support kat saya, I'm really appreciated it.. Akhir kate, doakanlah semoga diri ini x ponteng kelas ag n bgun awl tuk ke kelas..hehehe gudluck Mohd Hisyam, hehee, salam..
Be civil to all; sociable to many; familiar with few; friend to one; enemy to none..

Saturday, 31 October 2009
Arah yang Sama, Tujuan Lain-lain
Assalamualaikum w.b.t
sudah terlalu lame tak menulis, belum ni sibuk ngan exam..
n then cuti jarang pulak online..
di kesempatan ini jelah dapat sedikit ku coret sebuah kisah yang
aku tak fikir nak tulis ape....
Aku banyak berfikir tentang remaja atau students sekarang sejak akhir2 ni..
dikala orang semua sibuk membincangkan tentang bajet 2010 yang dibentangkan 23 oktober baru2 ni...
secara ikhlasnya. ku merasakan diriku tak layak nak memperkatakan tentang remaja sekarang..
tapi kalu semua orang fikir mcm ni..lenyaplah budaya nasihat-menasihati dalam kalangan masyarakat Melayu...
Kini, masyarakat Malaysia sibuk memperkatakan tentang politik,pilihanraya dan isu kepimpinan...
Puncanya, daripada kita sendiri..kita kadangkala terlalu obses dengan politik walaupun kita sendiri tidak jelas apa perjuangan dan peranan kita..
Pada asasnya, politik Malaysia sekarang jelas tidak stabil.. kerajaan bertukar, wakil rakyat jadi katak,korupsi dalam kalangan pemimpin..banyak sangat nak memperkatakan...manusia kan, sekali air bah, sekali pantai berubah..
Kita lihatlah sendiri, EGM MCA baru2 ni, presiden pun boleh dijatuhkan..yang terbaru, krisis kepimpinan dalam PAS..banyak nak memperkatakan tentang politk sekarang..atas sebab tu lah aku tak berminat untuk bercakap tentang politik pada post kali ni...cuma berharap senario politik Malaysia akan berubah...demi kebaikan bersama...
Harap semuanya berjalan dengan baik...
dan lagi terbaik...
Walaupun akan ada yang menghalang...
dan penuh dengan kontroversi...
Diharapkan akan ada seseorang yang akan mengubah segala
kekusutan... InsyaAllah...
Oh, dah lari dari topik sebenarnya...sebenarnya kita dah sedia maklum
ngan kehidupan remaja sekarang
dengan satu perkataan... TERUK, tak dapat dinafikan lagi
1 Malaysia...rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
so, lepas ni kita leh harapkan satu saja perkataan untuk remaja, BAIK atau TERUK.
Ku rasa dah terlalu panjang penceritaan kali ni, cukup tidak tersusun..harap amaaf..
InsyaAllah, di lain edisi, kita akan memperkatakan tentang topik ni lagi..
terima kasih,

Thursday, 29 October 2009
Thursday, 3 September 2009
Sarung Tangan
Salam
Post kali ini sebenarnya bukan ada ape2 pun, malas la nak formal2 ari ni, bese2 sudah, kalau ayat tunggang langgang, maaflah ya.
Post kali ni nak ckp tentang bola sepak, tapi bukan nak ckp tentang pasukan mana kuat, pasukan mana lemah, tapi kali in ink bgtau tentang penjaga-penjaga gawang yang terkenal dan dikenali oleh peminat bola sepak, kanak-kanak dan mungkin orang tua. So, jom rehatkan minda bace dan lihat post kali ni. Stop dulu cakap sal kenegaraan ya. Bukan best sangat pun kan.
Ni nk senaraikan goalkeeper2 terbaik dan terkenal. Kalau tak kenal, masa ni la nak kenal..hehe, tertarik nk buat sal ni coz si penulis ini sendiri pun penjaga gol, posisi wajib dan paling disukai..hehe, enjoy..
Jom….
Edwin Van De Sar (Manchester United, Belanda)
Dia ni memang dilahirkan untuk jadi penjaga goal, dengan ketinggian yang sesuai untk posisi ni, Van De Sar menjadi diantara goalkeeper yang terkenal. Dia ni jugak bnyk save penalty. Tapi, umur dah lanjut, so, tak lame lagi, bersara la 2, hehe.
Iker Casillas (Real Madrid, Sepanyol)
Ha, ni sorang lagi, kredibiliti beliau sebagai penjaga gol memang tak dapat disangkal lagi dah.Rupa beliau memang sesuai jadi goalkeeper, yelah, ramai goalkeeper yang hensem2 kan. Skarang ni, die jadi pilihan utama penjaga gol Sepanyol..nk tau lebih, g je kat Wikipedia..
Oswaldo Sanchez (Mexico, kelab tak pasti)
<
Sori la ye tak sure die ni kelab mane, cri sendiri la ye, hehe. Terkenal dengan sifat beraninya, memang sesuai jadi penjaga gol..tapi Mexico tak menyerlah mane..tak tau la sebab ape..
Petr Cech ( Republik Czech, Chelsea)
Ha, nilah yang kita tunggu..hehe, menarik kan, pakai guard mcm 2. Bukan ape, takut injured lagi kepala..antara keeper terbaik kat dunia sekarang ni, antara muka yang bantu Chelsea menang epl dlu…
Julio Cesar ( Inter Milan, Brazil)
Ha, Brazil mali..tak tau sangat sal die, tapi die nilah antara orang yang ban2 inter Milan menang liga Italy 3 musim berturut-turut.
Diego Lopez ( Villareal, Sepanyol)
Tak la popular pun die ni, x dapat join national team, tapi kat Villareal, power..tangkas..
Selebihnya, malas la nak explain lagi. kenal name n muka diorang dah la ye..hehe
Gomes (Tottenham Hotspurs)
Abbondanzieri ( Argentina )
Doni ( AS Roma, Brazil)- muke mcm pelawak, haha
<
Lukasz Fabianski (Arsenal,Poland)
Antonios Nikopolidis (Greece)- Bila la nk bersara die ni...
Manuel Almunia ( Arsenal )
<
Gianluigi Buffon (Italy, Juventus)
terbaik...
Victor Valdes ( BArcelona )
Farizal Marlias (made in Malaysia)
Ni paling terbaik, menakutkan, Halim Napi..satu2nye pemain bola yg boleh menghancurkan stadium...haha
ha,dah hbs dah,,ramai lagi, tapi letih la nk tunjuk semua kan...so,leh r tambah ilmu sal bola ari ni kan
Terima kasih kat Amir Qayyum, Shazrul Azri, Fakhrurazi, Mohd Sufian, Muntaziri, yang telah bantu bnyk dalam menghasilkan post kali ni...
Goalkeeper,
Tanpa anda,apalah sangat bola sepak...hehe
Selamat berpuasa..

Monday, 31 August 2009
Selipar Jepun dan Durian Belanda
31 Ogos, tarikh yang sentiasa dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia, mungkin. Sejak Malaysia bebas dari penjajahan British pada tanggal 31 Ogos 1957, telah banyak perubahan yang dilakukan oleh kerajaan. Bermula dari Tunku Abdul Rahman sehingga ketua kerajaan sekarang, Datuk Seri Ahmad Najib Tun Razak, kita sama sekali tidak dapat menafikan kerajaan mampu membawa pembangunan kepada negara. Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia yang Kelima telah membawa Malaysia kepada dunia, Malaysia atau nama lamanya Tanah Melayu dulu kurang dikenali kini mampu berdiri sama tinggi dan tidak duduk sama rendah dengan negara-negara membangun yang lain. Pemerintahan Tun Mahathir dalam satu tempoh yang panjang memberi peluang kepadanya melaksanakan apa jua yang dirancangnya. Walaupun sering bertukar dan menukar penolongnya, Tun Mahathir berjaya membawa perubahan yang diingati oleh seluruh rakyat Malaysia. Namun, kenyataan ini tidaklah mahu menidakkan kemampuan pemerintah-pemerintah Malaysia yang lain, tetapi sekadar mahu menyatakan kemampuan Bapa Pemodenan ini dalam usaha membawa Malaysia ke arah perubahan. Wawasan 2020 sajalah yang akan menjadi petunjuk atau kayu pengukur kepada kesempurnaan dan keberjayaan pelaksanaan Tun Mahathir secara lengkapnya.
Namun, ada yang tidak lengkap mengenai kemerdekaan yang kita kecapi sekarang, pemikiran kita masih dijajah dan terus dijajah. Ya, ada yang sudah merdeka sepenuhnya, tetapi ramai yang belum merdeka. Apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran dijajah? Jawapannya mudah, pemikiran kita masih mengikut penjajah kita dahulu, orang Barat. Harimau mati meninggalkan belang, British pergi meninggalkan pengaruh Barat yang tinggi. Walaupun Tanah Melayu dijajah oleh banyak kuasa Eropah, bermula dari Portugis yang menakluki Melaka pada tahun 1511, Belanda yang meninggalkan seni bina yang indah di Melaka, Jepun dengan cara yang keterlaluan dan kejam, Bintang Tiga yang menggemparkan Tanah Melayu suatu ketika dulu, British dianggap sebagai penjajah yang baik berbanding penjajah lain kerana senang berdiplomasi dengan mereka. British meninggalkan impak yang besar kepada Malaysia.Buktinya, kita masih menggunakan undang-undang Barat dan perlembagaan Barat. Contoh lain, Ahad sebagai cuti mingguan. Kita isytiharkan negara kita sebagai negara Islam, tapi masih meninggalkan undang-undang Barat. Jadi, negara Islamkah kita? Berbalik kepada pemikiran kita, jelas, terang dan lagi tersuluh, kita masih dijajah. Kita tidak pernah rasa untuk mengubah pemikiran kita, kerana kita terlalu selesa dengan kondisi kita sekarang. Kita lihat sejarah Rusia, suara rakyat mampu menumbangkan kuasa Soviet Union dan mengubah sistem pentadbiran komunis kepada demokrasi. Suara kita bukan hanya untuk demonstrasi jalanan, tetapi suara untuk mengubah diri kita sendiri. Kita tidak dapat tidak perlu mengubah pemikiran kita. Ya, kita tidak mengubah istilah selipar jepun kepada selipar Melayu, durian belanda kepada durian Malaysia dan Mat Saleh kepada Mohd Salleh, tapi, kita ubah fikiran kita, boleh berfikir secara Barat, tetapi jangan sampai pemikiran cara tersebut mengubah diri kita. Kita mana mungkin mampu berubah secara drastik. tapi ubahlah secara perlahan. Janganlah kita burukkan nama baik negara kita.
Akhirnya, post kali ini sebenarnya bertujuan untuk membuka mata hati kita semua untuk kita berubah. Tiada sempurna merdeka sekiranya diri masih dijajah. Biar kita jadikan perjuangan perwira-perwira kita berbaloi. Pada kesempatan ini juga, ingin mengajak kepada semua pembaca blog atapnipahbocor ini supaya kita sama-sama berubah, selama kemerdekaan yang sudah mencapai 52 tahun ini. Merdekakan diri kita daripada Barat. Menariknya, tarikh kemerdekaan kita sama dengan Kyrgyzstan, sebuah negara bekas jajahan Soviet Union.
Salam Kemerdekaan ke 52.....
Salam Kemerdekaan ke 52.....
Merdeka!!!!!!!
Shukron.....
Wednesday, 26 August 2009
1 Malaysia dan Kisahnya Dengan Foreigner...
1 Malaysia...
Idea Datuk Seri Ahmad Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia Keenam yang menyatakan tentang 'equality' atau persamaan dalam kalangan rakyat Malaysia tidak kira bangsa, agama atau status. Relevankah pelaksanaan ini dalam keadaan negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Persoalan ini kerap kali diperdebatkan, ada yang menentang, ada yang menyokong. Konsep equality yang dipersembahkan dalam pelaksanaan 1 Malaysia sememangnya ada nilai positifnya dan banyak juga negatifnya. Dalam konsep ini, rakyat Malaysia dianggap sama tidak kira agama. Ini bertentangan sama sekali dengan konsep persamaan dalam Islam. Islam tidak sama dengan agama lain.Namun, post kali ini bukanlah ingin memperdebatkan tentang betul ataupun tidak pelaksanaan ini, jauh sekali jua ingin memperkatakan tentang. politik.
Dalam post kali ini, ingin ku ambil suatu nilai positif daripada pelaksanaan 1 Malaysia iaitu bertolak ansur. Mungkin kita tidak berapa jelas dimana nilai bertolak ansur atau dalam bahasa Inggerisnya give and take. Namun, nilai ini lahir daripada konsep persamaan yang cuba diamalkan. Rakyat Malaysia memang dikenali dengan sifat-sifat murni seperti bertolak ansur ini. Jadi, tidak hairanlah ada pelancong yang datang balik ke Malaysia kerana tertarik dengan sifat-sifat murni rakyat Malaysia. Tapi, mampukah kita bertahan dengan sifat ini sepanjang masa? semestinya tidak kerana semua manusia mahu mencapai tahap tertinggi dalam hierarki Maslow. Kita tidak dapat tidak menzahirkan sifat penting diri kita secara tidak sengaja.
Foreigner...
Bangsa asing yang datang atau menetap di negara kita memanglah sekarang terlalu jumlahnya. Datang secara halal ramai dan sebaliknya lagi ramai. Ada yang datang sebagai pelajar, atau buruh namun kita harus sedar tentang kehadiran mereka juga telah menaikkan kadar jenayah dan pelacuran. Dalam kata lain, kehadiran mereka memberi impak positf dan negatif kepada negara kita.Ada persepsi mengatakan Malaysia terlalu friendly atau berlembut dengan warga asing sehinggakan jumlah mereka bertambah dan sentiasa bertambah setiap hari. Ku rasa ku tidak mahu mengambil tugas imigresen untuk menyatakan tentang pendatang asing.
Kisahya dengan foreigner....
Ingin ku ekspresikn tentang foreigner yang datang sebagai pelajar disini, si tempat ku menuntut ilmu. Sangat bersyukur kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia dan yang pentingnya sebagai Muslim. Disini, di tempat ku menuntut ilmu inilah baru ke sedar suatu sifat yang tiada pada bangsa lain yang ada pada orang Melayu, bertolak ansur, seperti yang dinyatakan tadi. Aku mengalaminya, baru ku sedar oarang Melayu ini terlalu bertolak ansur sehinggakan bangsa lain boleh memperlakukan apa sahaja kepada kita. Aku sangat terkilan dengan foreigner yang ku lihat hari-hari, mengecewakan, mereka terlalu kurang ajar dan hampir luntur sifat bertolak ansur dalam diri mereka. Pernah diri ini nak ambil sahaja kapak dan tetak mereka. Tapi, masih ada iman di hati ini yang menghalangnya. Ingin ku akhiri post ini dengan menyatakan, bersyukurlah menjadi orang yang ada nilai-nilai murni....
Selamat Hari Kebangsaan.....
Salam Ramadhan 1430 H.....
Selamat Berpuasa...
....post ini ditulis selepas berselisih faham dan hampir bergaduh dengan foreigner.....
1 Malaysia...ini hasilnya..
Subscribe to:
Posts (Atom)