Wednesday 26 August 2009

1 Malaysia dan Kisahnya Dengan Foreigner...



1 Malaysia...
Idea Datuk Seri Ahmad Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia Keenam yang menyatakan tentang 'equality' atau persamaan dalam kalangan rakyat Malaysia tidak kira bangsa, agama atau status. Relevankah pelaksanaan ini dalam keadaan negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Persoalan ini kerap kali diperdebatkan, ada yang menentang, ada yang menyokong. Konsep equality yang dipersembahkan dalam pelaksanaan 1 Malaysia sememangnya ada nilai positifnya dan banyak juga negatifnya. Dalam konsep ini, rakyat Malaysia dianggap sama tidak kira agama. Ini bertentangan sama sekali dengan konsep persamaan dalam Islam. Islam tidak sama dengan agama lain.Namun, post kali ini bukanlah ingin memperdebatkan tentang betul ataupun tidak pelaksanaan ini, jauh sekali jua ingin memperkatakan tentang. politik.

Dalam post kali ini, ingin ku ambil suatu nilai positif daripada pelaksanaan 1 Malaysia iaitu bertolak ansur. Mungkin kita tidak berapa jelas dimana nilai bertolak ansur atau dalam bahasa Inggerisnya give and take. Namun, nilai ini lahir daripada konsep persamaan yang cuba diamalkan. Rakyat Malaysia memang dikenali dengan sifat-sifat murni seperti bertolak ansur ini. Jadi, tidak hairanlah ada pelancong yang datang balik ke Malaysia kerana tertarik dengan sifat-sifat murni rakyat Malaysia. Tapi, mampukah kita bertahan dengan sifat ini sepanjang masa? semestinya tidak kerana semua manusia mahu mencapai tahap tertinggi dalam hierarki Maslow. Kita tidak dapat tidak menzahirkan sifat penting diri kita secara tidak sengaja.

Foreigner...
Bangsa asing yang datang atau menetap di negara kita memanglah sekarang terlalu jumlahnya. Datang secara halal ramai dan sebaliknya lagi ramai. Ada yang datang sebagai pelajar, atau buruh namun kita harus sedar tentang kehadiran mereka juga telah menaikkan kadar jenayah dan pelacuran. Dalam kata lain, kehadiran mereka memberi impak positf dan negatif kepada negara kita.Ada persepsi mengatakan Malaysia terlalu friendly atau berlembut dengan warga asing sehinggakan jumlah mereka bertambah dan sentiasa bertambah setiap hari. Ku rasa ku tidak mahu mengambil tugas imigresen untuk menyatakan tentang pendatang asing.




Kisahya dengan foreigner....
Ingin ku ekspresikn tentang foreigner yang datang sebagai pelajar disini, si tempat ku menuntut ilmu. Sangat bersyukur kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia dan yang pentingnya sebagai Muslim. Disini, di tempat ku menuntut ilmu inilah baru ke sedar suatu sifat yang tiada pada bangsa lain yang ada pada orang Melayu, bertolak ansur, seperti yang dinyatakan tadi. Aku mengalaminya, baru ku sedar oarang Melayu ini terlalu bertolak ansur sehinggakan bangsa lain boleh memperlakukan apa sahaja kepada kita. Aku sangat terkilan dengan foreigner yang ku lihat hari-hari, mengecewakan, mereka terlalu kurang ajar dan hampir luntur sifat bertolak ansur dalam diri mereka. Pernah diri ini nak ambil sahaja kapak dan tetak mereka. Tapi, masih ada iman di hati ini yang menghalangnya. Ingin ku akhiri post ini dengan menyatakan, bersyukurlah menjadi orang yang ada nilai-nilai murni....

Selamat Hari Kebangsaan.....
Salam Ramadhan 1430 H.....
Selamat Berpuasa...

....post ini ditulis selepas berselisih faham dan hampir bergaduh dengan foreigner.....
1 Malaysia...ini hasilnya..

No comments:

Post a Comment