Saturday 22 August 2009

Berhubung dan Perhubungan



Berhubung dan perhubungan…..
Dua istilah yang berbeza penggunaanya dalam Bahasa Melayu
Post ini tidaklah sekali mahu mengajar anda bahasa rasmi Malaysia yang
Hampir tidak menjadi rasmi ini tapi sekadar untuk mengisahkan suatu kisah
Yang bermula dari suka kepada perit dan duka..

Berhubung..
Semua orang perlu berhubung antara dalam usaha untuk menyelesaikan
semua aspek kehidupan yang sementara ini. Tiada manusia yang tidak pernah berhubung kerana
berhubung ini sudah menjadi suatu lumrah kehidupan. Diriku ini yang sedang belajar tentang
berhubung ini sekarang sedikit faham betapa pentingnya berhubung dalam kehidupan. Sememangnya
berhubung ini member impak positif dalam kehidupan..

Perhubungan
Suatu istilah lain yang menjadi impian bagiku pada mulanya tapi menjadi igauan ngeri pada akhirnya. Aku yang ditaklifkan sebagai Biro Perhubungan dalam sebuah society yang katanya ingin menjaga ‘kebajikan’ ahlinya. Namun, hingga kini aku tidak begitu jelas tentang peranan society ini. Apa yang menyebabkan ‘igauan ngeri’ berlaku kepadaku? Jawapannya, ingin kusimpan saja dalam hati ini kerna ku tak mahu ada yang terluka dan terguris hati. Aku cuma mengharapkan setelah ketiadaanku nanti persatuan kebajikan ini akan terus bernafas dengan nafas yang baru,jiwa yang diperbaharui dan pembaharuan yang sebaik mungkin. Aku sentiasa mendoakannya…….

No comments:

Post a Comment